Bunga-Bungaan
Bunga-Bungaan/BungaHiasan
Bunga-Bungaan
Bunga ialah struktur pembiakan untuk tumbuhan berbunga, iaitu tumbuhan-tumbuhan dalam divisi Magnoliophyta (juga dipanggil angiosperma). Bunga mengandungi organ-organ tumbuhan, dan fungsinya ialah untuk menghasilkan biji-biji melalui pembiakan. Untuk tumbuhan-tumbuhan yang bertaraf lebih tinggi, biji-biji merupakan generasi yang berikut, dan bertindak sebagai cara yang utama untuk penyebaran individu-individu sesuatu spesies secara luas. Selepas persenyawaan, sebahagian daripada bunga itu akan berkembang menjadi buah yang mengandungi biji-biji.
Selain fungsi praktikal pembiakan, bunga lazimnya cantik. Manusia telah lama mengagumi bunga dan menggunakannya bagi mengindahkan sekitaran mereka, dan juga sebagai objek cinta, upacara, agama, perubatan dan malah sumber makanan.
Fungsi bunga
Seperti yang telah disinggung sebelumnya, fungsi bunga yang paling utama adalah membantu tumbuhan dalam melakukan reproduksi.
Fungsi bunga adalah untuk menarik penyerbuk pada tumbuhan untuk membantu pembuahan sehingga tumbuhan menciptakan bibit.
Warna-warna cerah, aroma yang kuat dan nektar manis semua bekerja sama untuk menarik burung, lebah dan serangga lainnya untuk memindahkan serbuk sari dari satu bunga ke bunga yang lain. Setelah penyerbukan terjadi, bunga berkembang menjadi benih.
Setidaknya ada 4 fungsi bunga yang perlu kamu ketahui, yaitu:
- Fungsi bunga yang paling utama dan paling vital adalah bunga sebagai alat untuk perkembangbiakan generatif.
- Fungsi bunga yang kedua adalah untuk menarik burung, serangga maupun lebah agar hinggap dan melakukan penyerbukan.
- Fungsi bunga yang ketiga adalah sebagai wadah atau tempat menyatunya gamet jantan dan gamet betina.
- Fungsi bunga yang ke empat adalah untuk menghasilkan biji.
Tentu saja selain keempat fungsi bunga tersebut, kamu juga dapat menambahkan bahwa bunga dapat dinikmati oleh manusia keindahannya, yang paling penting adalah kamu sebagai manusia tidak merusaknya dan menghentikan perkembangannya.
Bunga-bunga perhiasan
Tanaman hiasan atau pokok hiasan adalah tumbuhan yang ditanam untuk tujuan hiasan pada taman dan projek rekabentuk landskap, sebagai tanaman rumah, untuk bunga potong dan pameran spesimen. Penanaman ini membentuk satu cabang besar hortikultur.
Fungsi Bunga hiasan ialah sebagai penyeri ruang
Pengaruh rekaan idea penyataan yang menjadikan perabot putih sebagai elemen utama antara trend kebanyakan pemilik kediaman di negara ini.
Ini bermakna antara padanan sesuai bagi menyerikan keindahan ruang berlatarkan warna itu adalah pokok hiasan hijau.
Situasi itu mendorong pemilik kediaman hari ini untuk lebih selesa menggunakan pokok pisang atau ada segelintir menggelarkan pokok hiasan berkenaan sebagai ‘sky bird.’
Pengasas Abylla Home Decor, Nabillah Hamzah menyifatkan pokok hiasan hijau sesuai untuk pelbagai ruang sama ada di ruang tamu, balkoni, bilik air atau sudut tertentu.
Hargailah tumbuh-tumbuhan di sekeliling kita. Agar Bumi kita tampak hijau dan berhiasan penuh.BungaBungaan/HiasanBunga
Comments
Post a Comment