MPU23042 NILAI MASYARAKAT
Nama Pensyarah : Puan Farah Hanan Binti Abu Bakar
Bil.
|
Nama
|
No. Matrik
|
1.
|
Joshua Laja Anak Fidelis
|
20DKM19F1002
|
2.
|
Elwin Moree Anak Lupong
|
20DKM19F1012
|
3.
|
Matthew Anderson Anak Jimon
|
20DKM19F1901
|
4.
|
Franklane Anak Juna
|
20DKM19F1905
|
Gejala materialisme mengikis nilai sosial
masyarakat
Sejak kebelakangan ini gejala materialisme semakin mengikis nilai sosial masyarakat kita kini . Hal ini kerana masyarakat keinginan untuk mengejar hal kebendaan. Hal kebendaan seperti kereta Audi R8 2008 berwarna emas , baju mahal - mahal yang melebihi bajet , dan sebagainya . Gejala ini telah membawa impak yang negatif yang terlalu dahsyat kepada masyarakat . Memang betul kita sebagai individu ingin jalani hidup dengan selesa . Persoalannya , apakah maksud materialisme ? Materialisme bermaksud fahaman atau falsafah yang mempercayai bahawa hanya bendalah yang menyebabkan adanya dan terjadinya segala sesuatu dalam dunia ini.
Impak negatif kepada masyarakat
Oleh disebabkan dunia teknologi yang semakin berkembang maju, maka laman media sosial seperti Instagram dan Facebook misalnya dijadikan sebagai satu platform untuk berkongsi aktiviti dengan rakan-rakan mahupun orang luar. Jadi, ramai yang gemar menunjuk-nunjuk kemewahan hidup mereka di situ.
Akibatnya semua akan berlumba-lumba untuk kaya. Kita sendiri boleh lihat bagaimana setiap kali muslim perayaan disambut setiap tahun, di mana sanak saudara berkumpul di kampung merupakan masa yang sangat sesuai untuk mereka saling menunjuk-nunjuk dan mempamerkan kebendaan seperti kereta baharu.
Okay, memang kita dapat lihat semua kemewahan mereka ini tetapi kenyataannya ramai antara mereka yang hidup berhutang sana sini semata-mata ingin memuaskan nafsu kehendak mereka sahaja. Hutang yang lama pun belum habis, sudah membuat hutang baru pula.
Lebih buruk lagi apabila ada yang sanggup berhutang dengan 'ah long'. Sedarkah anda bahawa ramai anak muda yang sudah hidup muflis di awal 20an? Sedar atau tidak, ada antara mereka yang berhutang hanya untuk mengadakan majlis perkahwinan yang grand?
Itu belum termasuk kes penipuan(Scam) atau skim cepat kaya(MLM). Ramai yang mudah ditipu disebabkan ingin cepat kaya. Sanggup berhabis beribu-ribu ringgit untuk pelaburan bisnes yang tidak wujud. Mengapa hal ini boleh terjadi? Saban hari makin kerap terjadi isu penipuan ini tetapi masih tidak ambil peduli. Janji cepat kaya. Kemudian, merana kan?
Di samping itu, memandangkan kebendaan kini menjadi kayu ukur kejayaan, maka ketakwaan dan ketaatan kepada Allah seolah-olah dipandang sepi. Akibatnya, yang kaya menjadi angkuh, takbur dan sombong kerana mereka dipandang tinggi oleh masyarakat.
Punca terjadinya budaya Materialisme
Masyarakat Malaysia kini menjadi terlalu obses dengan kebendaan atau materialistik. Kita boleh lihat sendiri dari segi penilaian kita terhadap seseorang yang biasanya dibuat melalui kemewahan seseorang itu seperti jenis kereta apa yang dipakainya, rumah bagaimana yang didiaminya serta di mana, selain jenama pakaian apa yang dipakainya, Bak kata orang, 'yang kaya disanjung dan yang miskin dihina'.
Ramai anak muda sekarang yang menjalani gaya hidup mewah seperti berbelanja di tempat-tempat eksklusif dengan mempamerkan kad kredit di sana sini. Kemudian, post di laman media sosial untuk mendapatkan pujian dan like yang banyak. Secara tidak langsung, ramai yang mula bersikap sombong dengan mempamerkan kemewahan mereka kepada orang ramai.
Apa yang jelas sekarang adalah kejayaan seseorang itu banyak diukur dari aspek kebendaan. Seseorang itu akan disanjung tinggi dan dihormati hanya kerana kemewahannya. Tidak kisah bagaimana dan dengan apa cara dia mendapatkan kekayaannya. Apa yang menjadi keutamaannya adalah mempunyai kehidupan yang selesa agar dapat ditunjukkan kepada orang sekeliling.
Sebagai contoh, isu seseorang jutawan yang selalu mendapat kecaman hebat dari netizen kerana beliau sering menunjukkan kekayaannya di laman media sosial. Wajarkah dibuat begitu? Hidup hanya untuk bertikam lidah sesama sendiri?
Kesimpulannya, Gejala materialisme ini banyak memberi impak yang negatif kepada hidup kita. Oleh itu, berbaliklah kepada ajaran agama yang mengajar kita ke arah kebaikan dan bukan sebaliknya. Bersederhana itu lebih baik kan? Tiada gunanya hidup bermegah-megah dengan kemewahan jika hidup tidak tenteram. Buanglah sifat riak, hasad dengki itu supaya hidup lebih tenang.
Comments
Post a Comment